Wednesday, 8 May 2013
Biodata
10:15
No comments
Salam
berkenalan dan selamat datang ke blog saya ini. Nama diberi Nur Zarifah Syazana binti Hamzah
dan saya berasal dari Kelantan dan sedang bekerja sebagai seorang guru di Perak. Mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun. Bergraduat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian)-kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, saya sedang mengambil Sarjana pendidikan kimia secara separuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sekarang berada di semester 2. Saya adalah anak ke-3 dari 10 orang adik-beradik. Boleh tengok gambar keluarga saya dekat bawah ini.
Ini adalah gambar kumpulan saya, kami mendaftar untuk belajar sekali dan saya berharap kami dapat bergraduat bersama. Terima kasih kerana menjadi rakan seperjuangan yang sangat berkomitmen, rajin dan baik hati.
![]() |
| Keluarga saya |
Ini adalah gambar kumpulan saya, kami mendaftar untuk belajar sekali dan saya berharap kami dapat bergraduat bersama. Terima kasih kerana menjadi rakan seperjuangan yang sangat berkomitmen, rajin dan baik hati.
Tuesday, 7 May 2013
Refleksi Minggu 5 (Sabtu, 23/03/2013)
09:57
No comments
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...
Kelebihan
Minggu ini, kumpulan kami mempelajari lagi free software iaitu Picasa. Pelbagai aplikasi yang diperolehi dalam picasa seperti mengubahsuai gambar dan video. Picasa adalah satu 'photo viewer' yang mempunyai kelebihan dalam mengurus, mengubahsuai gambar
- Mempunyai reka bentuk interface yang baik
- Mempunyai alatan mengubahsuai yang mudah, ringkas dan berkesan
- Dalam Picasa Web Album, gambar boleh di kongsi melaui email, Google+, atau di blog.
- Video yang telah siap diubah suai boleh dimuat naik di Youtube dan boleh di kongsi dengan pelajar atau rakan sekerja.
- Picasa mampu melakukan 'Face recognition'
- Semasa mengubahsuai gambar, anda boleh menyimpan gambar asal untuk rujukan.
- Membantu guru untuk menyediakan visual gambar lebih menarik dengan pengubahsuaian di Picasa.
![]() |
| Gambar yang diubahsuai di Picasa |
Kelemahan
- Agak lama masa untuk menyimpan gambar atau video yang telah diubahsui.
- Limitasi kepada penggunaan sebagai alat bantu mengajar.
Refleksi Minggu 8 (Sabtu, 20/04/2013)
09:54
No comments
Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...
Pembentangan minggu ini oleh kumpulan 7 & kumpulan 8 mengenai Prezi & Power Point. Saya berasa sangat seronok kerana telah lama saya ingin belajar mengenai software Prezi dan melalui kursus ini saya berjaya mempelajarinya. Ilmu mengenai Power Point juga bertambah kerana banyak ilmu baru yang disampaikan oleh kumpulan 8.
1. Prezi
Prezi merupakan salah satu alat persembahan yang menarik dan lebih dinamik. Bentuk grafik Prezi amat menarik sekali. Software ini membantu anda mengorganisasikan idea anda dengan lebih teratur dan mudah dan pengguna juga dapat berkongsi Prezi anda bersama rakan dengan mudah.
Untuk mula menggunakan Prezi sangat mudah, anda perlu Sign Up dahulu dengan akaun email anda (Online-based Prezi). Setelah Log in, anda boleh klik pada new Prezi dan pilih template grafik yang ada suka dan anda boleh mula mengubahsuai Prezi anda. Ini adalah Prezi yang telah dibentuk oleh saya.
Kelebihan
- Sangat mudah dan ringkas cara untuk mengubahsuai grafik.
- Lebih dinamik dan grafik sangat menarik
- Mobiliti (cloud, desktop, iphone, etc)
- Perkongsian idea lebih menyeronokkan dan pelajar akan lebih engage.
- Dapat mempersembahkan maklumat secara visual dan lebih ringkas.
- Tools untuk ubah suai data terlalu terhad.
- Pilihan template Prezi tidak banyak.
- terlalu ringkas untuk mengisi kandungan pengajaran yang agak banyak.
2. Microsoft Power Point
Seterusnya, kumpulan 8 telah membentangkan power point. Ilmu baru yang kami pelajari adalah penggunaan Macros dalam power point. Ini adalah kali pertama saya didedahkan dengan aplikasi ini. Pada pendapat saya Macros membenarkan pengguna untuk melakukan aktiviti dengan senang secara berulang. Macros ini dapat diaplikasikan dalam p&p contohnya melalui aktiviti Drag and Drop, crosswords, dan Labelling dengan menggunakan macros ini.
kelebihan:
- mampu membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat melibatkan pelajar secara aktif.
- persembahan pengajaran menjadi lebih menarik dengan visual yang lebih jelas.
- Memerlukan kemahiran untuk menggunakan macros power point.
- memerlukan masa yang lama untuk penyediaan slaid macros.
- Errors akan berlaku jika setting tidak betul dan ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikannya.
Kesimpulan:
Prezi memberi kelainan kepada bentuk persembahan terutama dalam pengajaran kerana ia lebih dinamik, visual grafik lebih menarik, menampakkan perhubungan antara kandungan pengajaran dengan lebih jelas. Manakala Macros dalam Power Point memberi kelainan di mana aplikasi ini di mana aktiviti seperti di atas dapat dijalankan. Kedua-dua bentuk persembahan ini sangat berguna untuk digunakan oleh para guru dalam p&p.
Refleksi Minggu 10 (Sabtu, 28/04/2013)
09:05
No comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Untuk pembentangan Excel ini, kumpulan pembentang telah memilih cara menganalisa markah kuiz pelajar (Headcount) mengikut gred standard. Melalui ilmu yang dikongsi ini, ia memberi peluang kepada guru untuk menggunakan kaedah ini untuk membuat headcount pelajar dengan lebih mudah, mesra alam sekitar kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan di samping lebih mudah untuk membuat analisa.
Kelebihan
Microsoft Excel merupakan satu program analisa statistik yang sangat berguna untuk guru-guru bagi memudahkan lagi kerja guru terutama apabila perlu menganalisa peperiksaan akhir pelajar dan juga membuat headcount pelajar.
Kami telah mempelajari Microsoft Excel dengan lebih mendalam. Program ini adalah salah satu aplikasi bagi Microsoft Office dan merupakan aplikasi yang agak popular dikalangan guru. Ia banyak digunakan untuk menganalisis data, membina graf, carta dan banyak lagi aplikasi di dalam Excel ini. Interface Excel adalah dalam bentuk spreadsheet yang dapat menyimpan pelbagai data yang dimasukkan. Setiap lembaran kerja (worksheet) terdapat cell yang terdiri daripada row dan column yang digunakan untuk memasukkan data. Microsoft Excel juga mengandungi features seperti pengiraan, alat grafik, jadual pivot dan bahasa macro programming.
Untuk pembentangan Excel ini, kumpulan pembentang telah memilih cara menganalisa markah kuiz pelajar (Headcount) mengikut gred standard. Melalui ilmu yang dikongsi ini, ia memberi peluang kepada guru untuk menggunakan kaedah ini untuk membuat headcount pelajar dengan lebih mudah, mesra alam sekitar kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan di samping lebih mudah untuk membuat analisa.
Kelebihan
- Sangat berguna kepada guru ketika membuat analisa kemajuan pelajar kelas (headcount) dan Excel telah memungkinkan analisa berlaku dengan lebih cepat dan senang.
- Analisa peperiksaan akhir juga lebih senang untuk dilakukan oleh para guru melalui Excel.
- Boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dengan menyediakan platform untuk menganalisa data statistik yang mudah.
- Boleh mempersembahkan data numerik kepada bentuk grafik(carta, graf dan sebagainya) yang lebih menarik dan senang untuk difahami.
- Pengguna Microsoft Excel perlulah mahir dan arif tentang penggunaan formula agar penggunaannya betul-betul dapat membantu dan sistematik.
- Bagi mereka yang kurang mahir menggunakan aplikasi ini akan berakhir dengan pelbagai error dalam proses pengiraan dan seharusnya terus belajar untuk membaiki kesilapan dan kelemahan. Ianya tidak terlalu susah untuk dipelajari.
- Program ini tidak boleh di dapati secara percuma melaui sumber terbuka atas talian (open source online).
- Microsoft Office adalah satu program yang mempunyai nilai yang agak mahal.
Microsoft Excel merupakan satu program analisa statistik yang sangat berguna untuk guru-guru bagi memudahkan lagi kerja guru terutama apabila perlu menganalisa peperiksaan akhir pelajar dan juga membuat headcount pelajar.
Refleksi Minggu 7 (Sabtu,30/03/2013)
00:11
3 comments
Kali ini kumpulan 5 & 6 akan membuat pembentangan Peer teaching yang seterusnya. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan mempelajari tentang Windows Live Movie Maker dan juga Microsoft OneNote.
1. Windows Live Movie Maker
Movie maker adalah satu software yang digunakan untuk membentuk media persembahan dengan mudah. Ia sememangnya ringkas, senang untuk digunakan dengan interface ringkas, dan melalui editor video ia membantu anda untuk mengkombinasikan gambar, video dan muzik/lagu dan memberi kesan-kesan yang menarik bagi membentuk satu video yang menarik kepada pengguna.Ia merupakan salah satu koleksi program Microsoft yang akan di install bersama dan jika anda menggunakan window Vista dan Windows 7 dan Windows 8, software ini sudah sedia ada dalam komputer anda. Klik di sini untuk video tutorial untuk Windows Live Movie Maker
Video ini adalah hasil dari pembentangan pada minggu ini. Selamat menonton!
Kelebihan
- Mempunyai rekabentuk interface yang menarik.
- Sangat mudah difahami penggunaanya dan tidak memerlukan kemahiran teknologi yang mahir.
- Anda boleh import gambar, video dan lagu pilihan anda.
- Terdapat banyak animasi, kesan visual dan Slaid transition.
- Anda boleh menggunakan tema AutoMovie untuk mendapat tema video kesukaan anda.
- Anda boleh mengubahsuai lagu dan menggunakan feature pengubahsuaian untuk mengawal volume, fade music in or out dan banyak lagi.
- Anda juga boleh berkongsi video anda dengan terus memuat naik ke Facebook, SkyDrive, Flickratau Youtube.
- Sangat berguna kepada guru untuk membina video pengajaran yang menarik.
- dapat mengubahsuai video yang direkod melalui software seperti camstudio.
Apabila video anda siap, anda boleh menyimpan dengan format dan saiz yang berlainan bergantung kepada anda seperti computer, high-definition TV screen, mobile device, instant messaging client, dan lain-lain.
Kelemahan
- Format untuk menyimpan fail video adalah terhad iaitu dalam bentuk WMV sahaja.
- Proses penyimpanan agak lama jika fail sedikit besar.
2. Microsoft OneNote
Kumpulan 6 telah membentangkan cara menggunakan Microsoft OneNote ini. Microsoft Office OneNote merupakan software untuk menyimpan nota dan satu program untuk menguruskan maklumat dengan baik. Cara alternatif penyimpanan nota yang senang, menyimpan idea dan maklumat dalam bentuk elektronik tanpa perlu membawa buku nota bersama. Anda boleh menyimpan maklumat dan idea secara menarik dengan pelbagai warna, senang dicari mengikut format dan ikon pilihan anda.
Kelebihan
- Program yang sangat baik untuk mengorganisasikan, menyimpan, mengurus pelbagai maklumat dan nota.
- Anda boleh menggunakan perkongsian OneNote tanpa perlu membuat salinan terutama semasa bekerja secara berkumpulan kerana feature ini sudah sedia ada.
- Anda juga boleh merekod mesyuarat anda dalam bentuk audio dan tulisan.
- Mempunyai interface yang mudah untuk mengurus maklumat atau nota yang telah disimpan. Anda boleh melihat banyak ikon hanya dalam satu window sahaja.
- Maklumat boleh di back-up dan dicari dengan mudah.
- Sangat berguna kepada guru kerana ia memudahkan proses penyediaan bahan bantu mengajar
- Menjadi pilihan selain Microsoft words untuk membuat soalan kuiz, peperiksaan, nota & sebagainya
- Aplikasi adalah hampir sama sahaja dengan Microsoft Words
- Anda boleh merekod suara anda dan boleh digunakan untuk p&p.
Kelemahan
- Program OneNote ini bukan percuma, oleh itu sesetengah pengguna akan mencari software percuma dari sumber terbuka seperti Evernote.
Kesimpulan
Kedua-dua software ini adalah sangat sesuai dalam membantu guru dari segi menyediakan bahan bantu mengajar, mengurus nota dan dokumen dengan lebih baik. Sangat sesuai untuk digunakan oleh golongan pendidik dan membantu memudahkan urusan kerja dan p&p.
Kedua-dua software ini adalah sangat sesuai dalam membantu guru dari segi menyediakan bahan bantu mengajar, mengurus nota dan dokumen dengan lebih baik. Sangat sesuai untuk digunakan oleh golongan pendidik dan membantu memudahkan urusan kerja dan p&p.
Monday, 6 May 2013
Refleksi Minggu 9 (Sabtu, 20/04/2013)
04:31
No comments

CUTI UMUM KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE-85
CUTI UMUM KEPUTERAAN SULTAN PERAK ke-85
Hari Keputeraan Sultan Perak 2013
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,
19 April 2013
Jumaat
Hari Keputeraan Sultan Perak 2013
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,
19 April 2013
Jumaat
Subscribe to:
Posts (Atom)



























