Learning Resources

Tugasan ke-6 ini adalah tugasan kumpulan. Tugasan ini memerlukan kami untuk megaplikasikan software untuk merekod skrin di komputer. Melalui software seperti CamStudio, Snagit, Easy Screen Capture dan banyak lagi, guru dapat merekod kandungan pengajaran menggunakan teknologi ini. Melalui video yang terhasil, ia boleh menjadi sumber rujukan pelajar untuk belajar sesuatu konsep dengan lebih jelas tanpa kehadiran guru. Ini adalah salah satu cara untuk menyediakan bahan mengajar dengan menggunakan teknologi terkini bersesuaian dengan perkembangan sistem teknologi maklumat dan komunikasi dewasa ini. Untuk memudahkan lagi kami membina video pengajaran ini, Cik Asmayati telah memperkenalkan Khan Academy dan kami telah belajar cara mereka menerangkan konsep-konsep kimia di dalam video dengan menggunakan aplikasi Screen recording software ini.

Tugasan ini mengandungi video menerangkan 4 konsep yang berkaitan dengan subjek kimia. Konsep ini dipilih berdasarkan silibus kimia peringkat matrikulasi. Kumpulan kami telah memilih konsep Line Spectrum, Dilution, limiting reactant & Le' Chatiliers Principle. Kenapa kumpulan kami memilih konsep ini? Ini adalah kerana ini adalah di antara konsep-konsep kimia yang susah untuk di ajar dan di fahami oleh pelajar di peringkat matrikulasi. Melalui video yang disediakan ini, kami boleh menggunakannya dalam membantu pelajar kami semasa p&p. Proses merekod video pengajaran ini adalah menggunakan Camstudio dan diubahsuai di Windows Live Movie Maker. Video in telah di muat naik di Youtube.

Selamat menonton dan anda boleh memberi komen untuk kami membuat penambahbaikan.

Le' Chatiliers Principle - Effect on concentration


Line Spectrum 


Dilution 




Limiting Reactant



0 comments:

Post a Comment