Online Forum

Tugasan yang ke-3 adalah untuk forum atas talian. 9 topik perbincangan telah dikemukakan oleh 9 kumpulan. Kami dikehendaki memberi maklum balas, komen, atau berkongsi idea terhadap topik yang dibincangkan. Untuk setiap topik hanya dibuka selama 2 minggu dan tugasan ini berterusan sehingga minggu ke-12 sepanjang semester ini.

Kebaikan mewujudkan forum atas talian:
  • Dapat memberikan pendapat secara terbuka tanpa halangan.
  • Dapat berkongsi idea berkenaan isu yang dibincangkan 
  • Idea atau pendapat yang di paparkan mungkin akan di baca oleh pihak berkenaan yang terlibat untuk dinilai dan diambil tindakan.
  • Mengetahui banyak isu-isu semasa yang sedang hangat diperbincangkan oleh rakyat malaysia. Ini dapat menjadikan kita peka dengan persekitaran semasa. 
  • Boleh mendapat kenalan baru dari seluruh dunia. 
  • Menjadi individu yang lebih berpengetahuan dan tidak ketinggalan zaman.
Klik di sini untuk ke laman forum: Myguru2

0 comments:

Post a Comment