Educational E-portfolio

Tugasan seterusnya ialah kami perlu membina e-portfolio iaiatu blog saya ini. Tujuan utama membentuk e-Portfolio ini adalah untuk memberi ruang kepada pelajar untuk merekod perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran dan melaui koleksi-koleksi bahan tersebut kita dapat melihat perubahan yang berlaku sepanjang proses p&p. Di dalam e-Portfolio ini, pelajar boleh merekod profil, perancangan karier/ matlamat, refleksi, tugasan-tugasan, perancangan pembelajaran, penilaian, dan sebagainya. Bahan-bahan dalam e-Portfolio juga boleh di kongsi dengan rakan dan komen dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Kelebihan menggunakan e-Portfolio:
  • e-Portfolio memberi ruang kepada pelajar untuk memuat naik semua bahan yang telah pelajar lakukan dalam bentuk gambar, grafik, dokumen, laman sesawang, klip video dan juga spreadsheet.
  • Didalam e-portfolio ini, pelajar dapat membentuk biodata dan juga matlamat pembelajaran.
  • Di dalam e-portfolio ini, pelajar akan membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari dan merekod refleksi tersebut di dalamnya. Ini akan menggalakkan kesedaran keperluan, minat dan kehendak pembelajaran.
  • e-portfolio membantu pelajar untuk merekod perjalanan mereka sepanjang proses p&p dan dapat mengetahui kemahiran dan tahap pengetahuan yang telah di bina oleh pelajar.
  • Students are able to carry forward their portfolio to the next class which makes it a cumulative record of their learning journey in the school. In the process, teachers will get a picture of how a skill or knowledge area develops for the student
  • Pelajar juga boleh berkongsi mengenai hasil kerja/tugasan mereka dengan guru serta rakan-rakan. Mereka juga akan memberi maklum balas atau komen untuk penambahbaikan.
  • e-portfolio juga menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab dan menunjukkan hasil daripada pembelajaran kendiri.
  • e-Portfolio adalan lebih mesra alam sekitar kerana ia mengurangkan penggunaan kertas untuk merekod segala data, refleksi dan sebagainya.
  • Penggunaan teknologi terkini menghasilkan e-portfolio yang lebih menarik dan menyeronokkan.


0 comments:

Post a Comment