Welcome to my blog for SKP6024 courses

It is all about the world of Technology and Innovation in Teaching and Learning in Chemistry

Future Learning:21st Century Learning

World of future learning

What I have learn in this courses?

I have learn a lot of things related to technology in innovation in education world

World of Chemistry

Chemistry is an innovative science that can change the future.

Communities of Practice

Let us build the community of practice here by comment, giving and sharing ideas to enhance our knowledge in edcuation field.

Friday 24 May 2013

MOLE CONCEPT EXERCISE

Anda boleh mencuba latihan bagi topik konsep mol pada pautan yang disediakan.

Klik di sini: Mole Concept

Friday 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan seperjuangan kelas SKP6034. Terima kasih kepada Fariz kerana telah membina video yang menarik ini. Memori bersama akan dikenang.

Thursday 9 May 2013

Great Teacher


Science is Fun Home Experiment!

Saya nak berkongsi pautan halaman sesawang yang mengandungi eksperimen-eksperimen yang menarik yang boleh dilakukan bersama-sama pelajar. Eksperimen ini dapat menarik minat pelajar dan merasakan kimia adalah subjek yang seronok dipelajari.

Klik pada pautan ini untuk ke laman Science is Fun Home Experiment!

Pelan Pembangunan pofesional

Apakah Pelan pembangunan profesional?
Pelan Pembangunan Profesional adalah satu senarai rancangan yang terancang serta target atau jangkaan yang akan diperolehi daripada pelan dalam masa setahun. Namun ia juga boleh dijadikan perancangan sepanjang kehidupan individu. Selalunya Pelan Pembangunan Profesional dibina dalam bentuk borang dan institusi yang selalu terlibat dalam pembinaan Pelan Pembangunan Profesional ini adalah dari institusi pendidikan dan jabatan.

Pelan Pembangunan Profesionalisme saya sebagai guru



Perancangan sepanjang proses saya menjadi seorang guru adalah yang pertama saya harus mengenali diri saya. Saya harus tahu dan sedar bahawa saya seorang guru, minat saya mengajar terutamanya dalam subjek kimia, oleh itu saya perlu menguasai kandungan kimia dengan sangat baik untuk menjadi seorang guru yang mahir dalam subjek ini. Suka mengajar bermaksud saya perlu mempunyai kemahiran-kemahiran pedagogi yang baik contohnya mampu mengemukakan soalan yang menggalakkan pembentukan pemikiran yang kritis dan kreatif serta pemikiran tahap tinggi. Personaliti saya seorang yang mampu membuat banyak kerja pada satu masa, memberi komitmen yang tinggi dalam pekerjaan, kurang kreatif dalam mengajar kerana sentiasa merasakan kaedah konvensional lebih baik. Saya juga seorang yang suka mencari ilmu dan inginkan suasana yang baru.

Apa yang saya inginkan dan apa bidang saya minat? Saya ingin menjadi guru yang sentiasa ingin mencari ilmu tanpa rasa jemu, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, menguasai kandungan kimia dengan sangat baik, mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi, maklumat dan komunikasi, mampu menggalakkan pelajar untuk berfikir ke tahap yang tinggi, kreatif dan kritis, mampu membantu pelajar memahami sesuatu konsep dan menghubungkaitkan dengan dunia sebenar, ingin menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik, dan saya secara keseluruhan ialah saya ingin menjadi guru yang berjaya dan mempu menguasai banyak kemahiran.

Apa yang saya perlu dan rela lakukan untuk mencapai matlamat saya? Sebelum saya menyambung pengajian saya ke tahap master, saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan karier saya ke tahap profesional. Mungkin pada awalnya saya hanya ingin menguatkan lagi pengetahuan dalam subjek kimia, kini, setelah 2 semester, saya lebih mengenali diri dan mengetahui kelemahan diri semasa mengajar. Melalui pendedahan ilmu baru yang saya perolehi dari pensyarah- pensyarah di UPSI, dalam subjek kimia, penyelidikan, pedagogi, dan kemahiran teknologi, ia memberi kesan dan kesedaran yang tinggi kepada saya bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Bagi penguasaan bahasa inggeris, saya banyakkan pembacaan buku dan cuba membanyakkan vocabulary saya.

Perancangan saya seterusnya adalah untuk menyambung pengajian ke tahap falsafah kedoktoran (PHD). InsyaAllah jika ada rezeki, masa, ruang dan peluang saya sambung belajar. Amin. Bukan sahaja sambung belajar, untuk mengubah cara, strategi dan kaedah pengajaran, saya akan cuba membina modul-modul pengajaran yang lebih menarik dan mengaplikasikan nanti.

Wednesday 8 May 2013

Falsafah Pendidikan Saya


Selamat membaca falsafah pendidikan saya dengan melayari grafik Prezi di bawah.




Biodata

Assalamualaikum,

Salam berkenalan dan selamat datang ke blog saya ini. Nama diberi Nur Zarifah Syazana binti Hamzah dan saya berasal dari Kelantan dan sedang bekerja sebagai seorang guru di Perak. Mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun. Bergraduat Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian)-kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini, saya sedang mengambil Sarjana pendidikan kimia secara separuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sekarang berada di semester 2. Saya adalah anak ke-3 dari 10 orang adik-beradik. Boleh tengok gambar keluarga saya dekat bawah ini.


Keluarga saya

Ini adalah gambar kumpulan saya, kami mendaftar untuk belajar sekali dan saya berharap kami dapat bergraduat bersama. Terima kasih kerana menjadi rakan seperjuangan yang sangat berkomitmen, rajin dan baik hati.
Ahli kumpulan

Ini adalah gambar saya pelajar saya yang merupakan pelajar Program Dua Tahun (PDT) di matrikulasi. Semoga saya dapat menjadi guru yang dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar dan mencapai kejayaan dalam hidup.

Tuesday 7 May 2013

Refleksi Minggu 5 (Sabtu, 23/03/2013)

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...



Minggu ini, kumpulan kami mempelajari lagi free software iaitu Picasa. Pelbagai aplikasi yang diperolehi dalam picasa seperti mengubahsuai gambar dan video. Picasa adalah satu 'photo viewer' yang mempunyai kelebihan dalam mengurus, mengubahsuai gambar


Kelebihan  
  • Mempunyai reka bentuk interface yang baik
  • Mempunyai alatan mengubahsuai yang mudah, ringkas dan berkesan
  • Dalam Picasa Web Album, gambar boleh di kongsi melaui email, Google+, atau di blog.
  • Video yang telah siap diubah suai boleh dimuat naik di Youtube dan boleh di kongsi dengan pelajar atau rakan sekerja.
  • Picasa mampu melakukan 'Face recognition'
  • Semasa mengubahsuai gambar, anda boleh menyimpan gambar asal untuk rujukan.
  • Membantu guru untuk menyediakan visual gambar lebih menarik dengan pengubahsuaian di Picasa.
Gambar yang diubahsuai di Picasa
Kelemahan 
  • Agak lama masa untuk menyimpan gambar atau video yang telah diubahsui.
  • Limitasi kepada penggunaan sebagai alat bantu mengajar.

Refleksi Minggu 8 (Sabtu, 20/04/2013)


Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...
Pembentangan minggu ini oleh kumpulan 7 & kumpulan 8 mengenai Prezi & Power Point. Saya berasa sangat seronok kerana telah lama saya ingin belajar mengenai software Prezi dan melalui kursus ini saya berjaya mempelajarinya. Ilmu mengenai Power Point juga bertambah kerana banyak ilmu baru yang disampaikan oleh kumpulan 8.

1. Prezi

Prezi merupakan salah satu alat persembahan yang menarik dan lebih dinamik. Bentuk grafik Prezi amat menarik sekali. Software ini membantu anda mengorganisasikan idea anda dengan lebih teratur dan mudah dan pengguna juga dapat berkongsi Prezi anda bersama rakan dengan mudah.

Untuk mula menggunakan Prezi sangat mudah, anda perlu Sign Up dahulu dengan akaun email anda (Online-based Prezi). Setelah Log in, anda boleh klik pada new Prezi dan pilih template grafik yang ada suka dan anda boleh mula mengubahsuai Prezi anda.





Ini adalah Prezi yang telah dibentuk oleh saya.

Kelebihan
  • Sangat mudah dan ringkas cara untuk mengubahsuai grafik.
  • Lebih dinamik dan grafik sangat menarik
  • Mobiliti (cloud, desktop, iphone, etc)
  • Perkongsian idea lebih menyeronokkan dan pelajar akan lebih engage.
  • Dapat mempersembahkan maklumat secara visual dan lebih ringkas. 
Kelemahan
  • Tools untuk ubah suai data terlalu terhad. 
  • Pilihan template Prezi tidak banyak.
  • terlalu ringkas untuk mengisi kandungan pengajaran yang agak banyak.

2. Microsoft Power Point

Seterusnya, kumpulan 8 telah membentangkan power point. Ilmu baru yang kami pelajari adalah penggunaan Macros dalam power point. Ini adalah kali pertama saya didedahkan dengan aplikasi ini. Pada pendapat saya Macros membenarkan pengguna untuk melakukan aktiviti dengan senang secara berulang. Macros ini dapat diaplikasikan dalam p&p contohnya melalui aktiviti Drag and Drop, crosswords, dan Labelling dengan menggunakan macros ini. 



kelebihan:
  • mampu membantu guru menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat melibatkan pelajar secara aktif.
  • persembahan pengajaran menjadi lebih menarik dengan visual yang lebih jelas.

Kelemahan:
  • Memerlukan kemahiran untuk menggunakan macros power point.
  • memerlukan masa yang lama untuk penyediaan slaid macros.
  • Errors akan berlaku jika setting tidak betul dan ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikannya.

Kesimpulan:
Prezi memberi kelainan kepada bentuk persembahan terutama dalam pengajaran kerana ia lebih dinamik, visual grafik lebih menarik, menampakkan perhubungan antara kandungan pengajaran dengan lebih jelas. Manakala Macros dalam Power Point memberi kelainan di mana aplikasi ini di mana aktiviti seperti di atas dapat dijalankan. Kedua-dua bentuk persembahan ini sangat berguna untuk digunakan oleh para guru dalam p&p.


Refleksi Minggu 10 (Sabtu, 28/04/2013)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Minggu ini adalah slot pembentangan terakhir dari kumpulan 9.
Kami telah mempelajari Microsoft Excel dengan lebih mendalam. Program ini adalah salah satu aplikasi bagi Microsoft Office dan merupakan aplikasi yang agak popular dikalangan guru. Ia banyak digunakan untuk menganalisis data, membina graf, carta dan banyak lagi aplikasi di dalam Excel ini. Interface Excel adalah dalam bentuk spreadsheet yang dapat menyimpan pelbagai data yang dimasukkan. Setiap lembaran kerja (worksheet) terdapat cell yang terdiri daripada row dan column yang digunakan untuk memasukkan data. Microsoft Excel juga mengandungi features seperti pengiraan, alat grafik, jadual pivot dan bahasa macro programming. 

Untuk pembentangan Excel ini, kumpulan pembentang telah memilih cara menganalisa markah kuiz pelajar (Headcount) mengikut gred standard. Melalui ilmu yang dikongsi ini, ia memberi peluang kepada guru untuk menggunakan kaedah ini untuk membuat headcount pelajar dengan lebih mudah, mesra alam sekitar kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan di samping lebih mudah untuk membuat analisa.

Kelebihan
  •  Sangat berguna kepada guru ketika membuat analisa kemajuan pelajar kelas (headcount) dan Excel telah memungkinkan analisa berlaku dengan lebih cepat dan senang.
  • Analisa peperiksaan akhir juga lebih senang untuk dilakukan oleh para guru melalui Excel.
  • Boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dengan menyediakan platform untuk menganalisa data statistik yang mudah.
  • Boleh mempersembahkan data numerik kepada bentuk grafik(carta, graf dan sebagainya) yang lebih menarik dan senang untuk difahami. 
Kelemahan
  • Pengguna Microsoft Excel perlulah mahir dan arif tentang penggunaan formula agar penggunaannya betul-betul dapat membantu dan sistematik.
  • Bagi mereka yang kurang mahir menggunakan aplikasi ini akan berakhir dengan pelbagai error dalam proses pengiraan dan seharusnya terus belajar untuk membaiki kesilapan dan kelemahan. Ianya tidak terlalu susah untuk dipelajari.
  • Program ini tidak boleh di dapati secara percuma melaui sumber terbuka atas talian (open source online).
  • Microsoft Office adalah satu program yang mempunyai nilai yang agak mahal.
Kesimpulan:
Microsoft Excel merupakan satu program analisa statistik yang sangat berguna untuk guru-guru bagi memudahkan lagi kerja guru terutama apabila perlu menganalisa peperiksaan akhir pelajar dan juga membuat headcount pelajar.  


    Refleksi Minggu 7 (Sabtu,30/03/2013)

    Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...


    Kali ini kumpulan 5 & 6 akan membuat pembentangan Peer teaching yang seterusnya. Pada minggu ini saya dan rakan-rakan mempelajari tentang Windows Live Movie Maker dan  juga Microsoft OneNote

    1. Windows Live Movie Maker


    Movie maker adalah satu software yang digunakan untuk membentuk media persembahan dengan mudah. Ia sememangnya ringkas, senang untuk digunakan dengan interface ringkas, dan melalui editor video ia membantu anda untuk mengkombinasikan gambar, video dan muzik/lagu dan memberi kesan-kesan yang menarik bagi membentuk satu video yang menarik kepada pengguna.Ia merupakan salah satu koleksi program Microsoft yang akan di install bersama dan jika anda menggunakan window Vista dan Windows 7 dan Windows 8, software ini sudah sedia ada dalam komputer anda. Klik di sini untuk video tutorial untuk Windows Live Movie Maker 

    Video ini adalah hasil dari pembentangan pada minggu ini. Selamat menonton!



    Kelebihan
    • Mempunyai rekabentuk interface yang menarik.
    • Sangat mudah difahami penggunaanya dan tidak memerlukan kemahiran teknologi yang mahir.
    • Anda boleh import gambar, video dan lagu pilihan anda.
    • Terdapat banyak animasi, kesan visual dan Slaid transition.
    • Anda boleh menggunakan tema AutoMovie untuk mendapat tema video kesukaan anda.
    • Anda boleh mengubahsuai lagu dan menggunakan feature pengubahsuaian untuk mengawal volume, fade music in or out dan banyak lagi.
    • Anda juga boleh berkongsi video anda dengan terus memuat naik ke Facebook, SkyDrive, Flickr
      atau Youtube.
    • Sangat berguna kepada guru untuk membina video pengajaran yang menarik.
    • dapat mengubahsuai video yang direkod melalui software seperti camstudio.
    • Apabila video anda siap, anda boleh menyimpan dengan format dan saiz yang berlainan bergantung kepada anda seperti computer, high-definition TV screen, mobile device, instant messaging client, dan lain-lain.
    Kelemahan
    • Format untuk menyimpan fail video adalah terhad iaitu dalam bentuk WMV sahaja.
    • Proses penyimpanan agak lama jika fail sedikit besar.

    2. Microsoft OneNote

    Kumpulan 6 telah membentangkan cara menggunakan Microsoft OneNote ini. Microsoft Office OneNote merupakan software untuk menyimpan nota dan satu program untuk menguruskan maklumat dengan baik. Cara alternatif penyimpanan nota yang senang, menyimpan idea dan maklumat dalam bentuk elektronik tanpa perlu membawa buku nota bersama. Anda boleh menyimpan maklumat dan idea secara menarik dengan pelbagai warna, senang dicari mengikut format dan ikon pilihan anda. 

    Kelebihan
    • Program yang sangat baik untuk mengorganisasikan, menyimpan, mengurus pelbagai maklumat dan nota.
    • Anda boleh menggunakan perkongsian OneNote tanpa perlu membuat salinan terutama semasa bekerja secara berkumpulan kerana feature ini sudah sedia ada.
    • Anda juga boleh merekod mesyuarat anda dalam bentuk audio dan tulisan. 
    • Mempunyai interface yang mudah untuk mengurus maklumat atau nota yang telah disimpan. Anda boleh melihat banyak ikon hanya dalam satu window sahaja.
    • Maklumat boleh di back-up dan dicari dengan mudah.
    • Sangat berguna kepada guru kerana ia memudahkan proses penyediaan bahan bantu mengajar
    • Menjadi pilihan selain Microsoft words untuk membuat soalan kuiz, peperiksaan, nota & sebagainya
    • Aplikasi adalah hampir sama sahaja dengan Microsoft Words
    • Anda boleh merekod suara anda dan boleh digunakan untuk p&p.
    Kelemahan
    • Program OneNote ini bukan percuma, oleh itu sesetengah pengguna akan mencari software percuma dari sumber terbuka seperti Evernote.
    Kesimpulan
    Kedua-dua software ini adalah sangat sesuai dalam membantu guru dari segi menyediakan bahan bantu mengajar, mengurus nota dan dokumen dengan lebih baik. Sangat sesuai untuk digunakan oleh golongan pendidik dan membantu memudahkan urusan kerja dan p&p.



    Monday 6 May 2013

    Refleksi Minggu 9 (Sabtu, 20/04/2013)


    CUTI UMUM KEPUTERAAN SULTAN PERAK KE-85


    CUTI UMUM KEPUTERAAN SULTAN PERAK ke-85

    Hari Keputeraan Sultan Perak 2013

    Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

    Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah,

    19 April 2013

    Jumaat

    Monday 22 April 2013

    Refleksi Minggu 6 (Sabtu, 30/03/2013)

    Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...

    Minggu ini, ada 2 kumpulan yang akan membuat pembentangan  kami telah mempelajari belajar dua lagi software baru iaitu Publisher dan Chemsketch. Sebenarnya minggu ini salah satu kumpulan yang membuat pembentangan ialah kumpulan saya iaitu kami membentangkan ChemSketch.





    1. Publisher
    Microsoft Publisher

    Software yang pertama kami belajar ialah Publisher. Ini sebenarnya kali pertama saya guna Publisher sebab sebelum ini tengok sahaja benda ini ada dalam microsoft tetapi tidak tahu cara menggunakannya. 
    Microsoft Publisher adalah satu aplikasi publishing software yang mampu menghasilkan greeting cards, certificates, newsletters, flyers dan sebagainya. software ini mengandungi banyak fail pre-installed templates dan pengguna juga boleh memuat turun template baru secara percuma di servis atas talian Microsoft.



    Hasil Flyers dan Greeting Card semasa kursus SKP6024
    Flyers

    Greeting card
    Kekuatan:

    • Sangat senang dan ringkas untuk digunakan kerana sudah terdapat banyak template yang telah disediakan.
    • Sangat mudah mengimport dan menukar format grafik.
    • Dapat mencetak hasil kerja secara profesional dan hasil cetakan lebih menarik.
    • Darik kursus ini, saya dapat mempelajari cara membuat Flyers, Calendar dan Greeting Card dengan cara yang lebih mudah. Menambah ilmu penggunaan Microsoft bukan sekadar Power Point dan Words sahaja.

    Kelemahan:
    • Microsoft Publisher bukan satu software sumber terbuka, oleh itu ada sesetengah pelajar tidak mempunyai aplikasi ini dan tidak boleh muat turun secara percuma.
    • Proses installation adalah sangat lambat dan ia tidak sesuai untuk digunakan oleh guru bagi tujuan pendidikan.

    2. Chemsketch

    Pada minggu ini, giliran kumpulan saya pula untuk membentang ACD/ChemSketch Freeware. Minggu ini kelas sangat menyeronokkan kerana rakan-rakan menunjukkan semangat untuk belajar software Chemsketch. Chemsketch ini boleh diperolehi secara percuma di internet. ChemSketch merupakan pakej melukis yang membolehkan struktur kimia dapat dilukis termasuk struktur organik, organometalik, polimer dan Markush. Terdapat juga feature seperti pengiraan sifat molekul seperti berat molekul, ketumpatan dan sebangainya. Anda boleh melihat struktur kimia dalam bentuk 2D dan 3D secara jelas, ia juga mempunyai fungsi untuk menamakan kurang daripada 50 atom dan 3 gegelang dan banyak lagi alat yang terdapat dalam Chemsketch ini. Di bawah adalah sedikit maklumat mengenai Chemsketch:
    • Mampu melukis struktur kimia dalam 2D dan boleh juga divisualisasikan dalam bentuk 3D.
    • Mampu membentuk tindak balas kimia dan mengira kuantiti reaktan.
    • Mampu mengeluarkan penamaan struktur kimia IUPAC secara sistematik kurang daripada 50 atom dan 3 struktur gegelang.
    • Mampu menganggar log P untuk setiap struktur.
    • Mampu mencari nama untuk 165,000 struktur kimia di dalam kamus yang sudah sedia ada.
    • Terdapat template yang menyediakan struktur kimia yang kompleks, alat radas amali, orbital, amino acids dan sebagainya.
    • Mampu menukar fail kepada bentuk pdf.

    Anda boleh melihat slaid pembentangan kami  Chemsketch Presentation by anasyazanahamzah


    Kekuatan:
    • Mempunyai interface yang mudah untuk digunakan untuk para pengguna. Saya rasa mudah untuk mencapai ikon-ikon yang ada dan dapat memahami dengan mudah cara menggunakan  chemsketch.
    • ACD/ChemSketch Freeware memberi peluang kepada pelajar dan pendidik untuk memuat turun secara percuma.
    • Chemsketch memudahkan guru kimia untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah. Ini kerana ia menyediakan banyak 'tools' yang berkaitan dengan kimia yang susah untuk di dapati di software lain seperti microsoft office dan sebagainya.
    • Menjimatkan masa untuk penyediaan bahan bantu mengajar.
    • Mengandungi pelbagai 'tools kit' sepeti orbital, alat radas, dan banyak lagi.
    • Sebagai alat bantu mengajar-ACD/Labs software ini banyak membantu dalam mengajar konsep kimia terutama kepada pelajar sekolah menengah, pra-universiti, dan pelajar universiti. 
    • Alat software ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengalami persekitaran pembelajaran yang sama dengan alam pekerjaan melalui penggunaan alat yang sama.
    • Membantu menghasilkan laporan profesional, manual amali, bekerja dengan struktur kimia, perkataan dan grafik secara serentak dan menjimatkan masa.
    Kelemahan:
    • ACD/ChemSketch yang diperoleh dari sumber terbuka ini mempunyai limitasi jika dibandingkan dengan ACD/ChemSketch versi komersial. Oleh itu, terdapat banyak lagi tool yang tidak boleh digunakan. 
    • Masa tidak cukup untuk membentangkan semua 'tools' yang terdapat dalam Chemsketch. Masih banyak lagi yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan jika di beri masa. 
    Sumber: http://www.acdlabs.com/resources/freeware/chemsketch/

    Kesimpulan:

    Refleksi Minggu 4 (Sabtu, 16/03/2013)

    Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...


    Membina blog bahagian II - Memasukkan 'Drop down menu'

    Minggu ini adalah sambungan untuk belajar buat 'Drop down menu' untuk membina blog. Drop down menu ini perlu jika bahan yang ingin dimasukkan dalam blog terlalu banyak. Oleh itu dengan adanya drop down menu ini, saya dapat mengkategorikan dan menyusun dengan sistematik mengikut kategori-kategori yang blogger inginkan.

    Untuk memasukkan drop down menu ke dalam blog adalah satu ilmu baru yang saya perolehi pada minggu ini. Sangat seronok dan agak mencabar untuk mempelajari membuat drop down menu ini kerana ia melibatkan 'coding' Html dan juga CSS.

    Sebenarnya kita tidak perlu mereka cipta coding untuk membina drop down menu ini sendiri kerana sudah terdapat banyak laman web untuk blogger menghasilkan coding dengan menggunakan drop down menu CSS generator yang lebih mudah senang dan mengikut kemahuan blogger sendiri. Ini adalah laman web yang boleh dilayari untuk menghasilkan CSS untuk drop down menu.

    Blogger boleh memilih opsyen warna, jenis tulisan, tema dan sebagainya dan seterusnya klik pada Submit design menghasilkan coding CSS. Kemudian, salin coding ke dalam Edit Html di bawah CSS kod berikut ]]></b:skin> di bahagian template blog anda.

    p/s: Tekan butang Ctrl & F serentak untuk mencari kod di dalam Edit Html.

    Setelah memasukkan CSS kod, Blogger perlu memasukkan Html kod. Cara-cara adalah dengan klik pada layout, kemudian add gadget dan pilih edit html dan salin kod html. Anda boleh klik disini untuk mendapatkan kod Html.

    Langkah terakhir sekali untuk melihat kesan pada dropdown menu anda klik pada template designer > Advanced add CSS dan taip CSS kod berikut: 
    #suckerfishnav li:hover, #suckerfishnav li.hover {
    position:static;
     
    Sekarang anda boleh View blog. 
      
    Pada pendapat saya kelebihan drop down menu ini adalah untuk menyediakan satu interface yang mudah kepada pengguna yang ingin mengakses sesuatu blog. Bahan tersusun dengan sistematik mengikut kategori menghasilkan blog yang cantik dan menarik dan senang untuk digunakan oleh pengguna. Selain itu, ia memudahkan blogger untuk menyusun item mereka mengikut kategori. Kelemahan ialah ia agak sukar untuk dipelajari jika blogger bukan dari kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dalam membina blog atau sistem pengkodan. Sedikit kesalahan dalam pengkodan tidak akan menghasilkan drop down menu. Masa yang lama diambil untuk mempelajari drop down menu.

    Sunday 21 April 2013

    Refleksi minggu 3 (Sabtu, 9/03/2013)

    Assalamua’laikum dan Salam sejahtera...

    Pada minggu ini Cik Asmayati telah memberi tahu bahawa maklumat mengenai senarai tugasan dan tarikh penghantaran telah di muat naik di laman Myguru. Oleh itu semua pelajar boleh memuat turun maklumat tersebut. Anda boleh klik di sini untuk capai ke pautan Myguru UPSI

    Klik di sini untuk pautan ke laman:  

     Membina blog
    Pada minggu lepas kami telah di bahagikan tugasan untuk membuat persembahan secara berkumpulan untuk membentangkan cara menggunakan software sumber terbuka kepada rakan-rakan (Peer teaching). Oleh itu, pada minggu ini ilmu baru yang dikongsi oleh rakan saya ialah cara membina BLOG. Sangat gembira dan teruja kerana tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah blog sebab selalu baca blog orang sahaja. Pada awalnya saya merasakan agak susah untuk membina blog ini kerana kurang pengetahuan tentang computer dan ‘coding’.  Namun, terima kasih kepada kumpulan Faizal kerana telah mengajar kami dengan bersungguh-sungguh untuk membina blog ini.  

    Pengetahuan membina blog ini adalah untuk membantu kami untuk menyelesaikan tugasan e-portfolio kami.  Blog ini perlu sentiasa di ‘update’ dengan tugasan dan refleksi yang telah siap. Ia juga perlu  mempunyai gambar, biodata dan bahan-bahan seperti yang saya senaraikan dalam refleksi minggu lepas. Perkara yang saya baru tahu jika mahu  membina blog ialah kita perlu ada e-mail. Saya perlu membuka akaun gmail (tetapi kalau sudah ada akaun gmail tidak perlu membuka akaun baru). Kemudian baru saya boleh membina blog di laman Blogger.

    ‘Handout’ yang ringkas ini saya buat sebagai rujukan saya jika saya mahu membina blog lain. Harap dapat difahami oleh sesiapa yang membacanya.

    Kekuatan:
    Pada pendapat saya, golongan pendidik perlu mengetahui cara membina laman web atau blog. Di blog ini, guru boleh berkongsi ilmu antara mereka dan membuka peluang untuk mempraktikkan ‘Community of practice’. Guru juga boleh menambah ilmu dalam bidang teknologi ini.

    Kelemahan:
     Membina blog adalah satu aktiviti yang memerlukan masa yang lama terutamanya jika kita baru berjinak-jinak untuk menjadi blogger. Sememangnya memerlukan bantuan rakan yang tahu untuk membina blog bagi memudahkan perjalanan pembelajaran. Selain itu, pada minggu ini ‘line server’ juga terlalu lambat menjadikan proses pembelajaran menjadi semakin lambat.

    Ini adalah paparan hasil blog saya:

     

    Refleksi Minggu 2 (Sabtu, 2/03/2013)

    Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...


    Ini adalah refleksi kelas SKP6024 untuk minggu ke-2. Pada minggu ini kumpulan kami mempelajari tentang Khan Academy.  Apa itu Khan Academy? Khan Academy adalah satu organisasi yang ditubuhkan yang mempunyai matlamat untuk mengubah pendidikan dunia ke arah yang lebih baik. Mereka menyediakan kelas pembelajaran atas talian secara percuma untuk kegunaan semua golongan tidak kira siapa atau di mana anda berada. Khan Academy menyediakan peluang pembelajaran yang boleh digunakan secara global dan menunjukkan pembelajaran boleh berlaku tanpa perlu menghadiri kelas. Mereka menyediakan video-video pembelajaran untuk menerangkan konsep sains yang boleh di akses secara percuma oleh semua pengguna sama ada pelajar dan pendidik. 

    Saya begitu kagum dengan penggunaan teknologi dalam video pengajaran yang dihasilkan oleh Khan Academy ini. Ia memberi idea kepada guru-guru untuk meningkatkan kreativiti dalam pengajaran dengan menggunakan teknologi 'Screen Capture' ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara mereka menerangkan konsep kimia yang abstrak dengan kaedah yang menarik ini. Khan Academy ini juga boleh dijadikan bahan untuk mengajar di dalam kelas saya nanti.
    Contoh Video Khan Academy

    Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk mengakses ke laman sesawang Khan Academy:- 

    Kelas SKP6024 ini mengaplikasikan 'Peer Teaching'. Saya dan rakan-rakan akan mengajar satu sama lain dan tidak bergantung kepada pensyarah 100%. Kelebihan pengajaran dan pembelajaran melalui 'Peer Teaching' ini ialah kami lebih selesa untuk berbincang, bertanya dan saya lihat pembelajaran seperti ini akan melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas. Berikut adalah pembahagian software yang perlu diajar kepada rakan-rakan mengikut kumpulan dan minggu. Software yang dibincangkan adalah kebanyakannya boleh didapati di sumber terbuka secara percuma. Saya sangat teruja untuk mempelajari sofware ini kerana ia boleh diaplikasikan dalam proses p&p. Banyak ilmu teknologi saya perolehi dari perkongsian ilmu melalui 'peer teaching' ini.

    Persembahan Kumupulan: Peer Teaching



    No.
    Software/Tools
    Group
    Week
    1.
    Blogspot
    1
    3

    CamStudio

    4
    2.
    Picasa
    2
    5
    3.
    Microsoft Publisher
    4
    4.
    ChemSketch
    3
    6
    5.
    OneNote
    7
    6.
    Moviemaker
    5
    7
    7.
    Powerpoint presentation
    6
    8.
    Preezi
    8
    8
    9.
    Excel
    9


     

    Pada minggu ini Cik Asmayati memberi senarai tugasan yang akan di buat oleh kami. Terdapat 6 tugasan yang perlu ditugaskan. Tugasan ini ada yang berbentuk individu dan ada juga yang perlu dilakukan dalam kumpulan. Kumpulan telah pun di bentuk pada minggu lepas.

    SENARAI TUGASAN SKP6024:

    Tugasan 1: Menulis esei.
    Kami perlu menulis esei yang bertemakan '"The Future of Learning: School in the Cloud”.
    Tarikh penghantaran: Minggu ke-5 (Sabtu 23/3/2013).

    Tugasan 2: Membina e-portfolio
    Tugasan ini kami perlu membina e-portfolio untuk di letakkan di dalam web.
    Bahan yang perlu ada dalam e-portfolio adalah biodata, perancangan pembangunan karier, falsafah pendidikan saya, tugasan-tugasa, refleksi, borang soal selidik dan sebagainya.
    Tarikh penghantaran: Minggu ke-12 (Sabtu 11/5/2013).

    Tugasan 3: Forum atas talian SKP6024 
    Isu-isu mengenai ICT akan di post di ruangan forum. Cadangan tajuk isu-isu yang akan dibincangkan perlu diberi oleh setiap kumpulan. Saya dan rakan-rakan perlu membalas komen rakan dan membuat refleksi terhadap isu yang telah dibincangkan. Forum ini akan berlangsung sepanjang semester 2 ini sehingga minggu ke-14.
    Tarikh tutup: Komen dan refleksi perlu di buat sebelum ditutup oleh koordinator kursus.  

    Tugasan 4: Online Learning Resources (Group 0f 4)
    Kami perlu menyediakan sumber pembelajaran secara atas talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan sumber ini harus mengandungi kandungan dan pautan-pautan, gambar, video, aktiviti dan latihan yang berkaitan dengan satu topik dalam subjek kimia.

    Tarikh penghantaran: Minggu ke-12 (Sabtu 11/5/2013).

    Tugasan 5: Simulation/Modelling (Kumpulan dengan 4 orang ahli)
    Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan di mana kami perlu membina modul untuk guru dengan mengaplikasikan alat ICT bagi membolehkan simulasi/animasi boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Aktiviti yang di reka bentuk haruslah berdasarkan kepada model pengajaran 3E iaitu Engage, Empower dan Enhance. 

    Tarikh penghantaran: Minggu ke-8 (Sabtu 13/4/2013).

    Tugasan 6: Learning Resources (Group of 4)
    Setiap kumpulan perlu memilih 4 concept yang berkaitan dengan kimia dan kemudian menggunakan software seperti camstudio untuk merekod semasa menerangkan konsep tersebut. Bahan ini boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelajari konsep tersebut.

    Tarikh penghantaran: Minggu ke-10 (Sabtu 27/4/2013).


    Refleksi Minggu 1 (Sabtu, 24/02/2013)

    Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

    Hai...hari ini adalah hari pertama saya menghadiri  kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran Kimia(SKP6024) di UPSI bagi semester 2. Pada mulanya saya agak kurang jelas mengenai kandungan yang akan dipelajari. Namun setelah di beri penjelasan oleh pensyarah saya iaitu Cik Asmayati, saya merasakan ini adalah satu kursus yang sangat menarik. Kursus ini akan mendedahkan saya dengan aplikasi ICT, membincangkan isu-isu semasa perkembangan teknologi dalam bidang sains melalui forum yang akan di bentuk, mempelajari pelbagai Open Source Softwares. Suasana pembelajaran juga sangat  menarik dengan rakan-raka n seperjuangan yang baik dan mesra.

    Forum atas talian Kumpulan SKP6024

    Minggu ini Cik Asmayati mendedahkan kami dengan  forum berkumpulan atas talian (online group forum). Forum berkumpulan secara atas talian ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk membincangkan sebarang topik berkaitan dengan subjek ini. Melalui forum ini pelajar boleh meningkatkan ilmu pengetahuan melalui perkongsian maklumat dengan rakan sekelas, terutama mengenai isu-isu semasa. Tugasan yang diberi ini menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam forum ini. Cik Asmayati mendedahkan cara untuk memuat turun topik-topik yang akan dibincangkan di ruang group forum (dalam myguru2) bagi kumpulan kami. Cara membalas mesej-mesej topik yang dibincangkan serta cara untuk membuat attachment file/journal pada mesej yang ingin dikongsikan.
    9 kumpulan telah dibentuk mengikut kebebasan pelajar menentukan ahli kumpulan masing-masing. Saya rasa lebih selesa untuk berbincang dengan ahli kumpulan yang sudah dikenali. Setiap kumpulan perlu memberi topik forum yang ingin dibincangkan. Pelajar diingatkan bahawa setiap topik untuk forum berkumpulan akan dibuka hanya selama 2 minggu. Selepas tarikh tutup, komen tidak boleh di  hantar lagi.

    Kemudian kami diajar oleh Cik Asmayati untuk menggunakan Google drive. Kami juga telah diajar untuk membina borang soal selidik melalui aplikasi ini.
    Anda boleh melihat cara-cara menggunakan google drive dalam handout yang saya buat dengan click pada link di bawah;


    Kekuatan: 
    Ini adalah salah satu aktiviti yang agak menarik untuk meningkatkan kesedaran pelajar akan kegunaan dan kebaikan mewujudkan online group forum dalam P&P. Semua pelajar diberi kebebasan untuk berkongsi ilmu dan memberi pendapat masing-masing. Namun kaedah ini tidak boleh di salah guna dengan memberi mengetengahkan isu-isu yang sensitif. Lebih baik ia digunakan sebagai platform untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.  Salah satu kebaikan yang jelas melalui forum ini, ia menggalakkan saya untuk membuat pembacaan (melalui artikel/jurnal/online berita, dll) dengan lebih banyak dan aktif. 

    Kelemahan:   
    Pembelajaran akan lebih senang jika ada 'Handout' disediakan, dan mungkin jika masa yang terhad untuk membincangkan semua aspek, ia boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Kebanyakan komputer di makmal telah rosak, oleh itu bawa laptop sendiri lebih senang.