Sunday 21 April 2013

Refleksi Minggu 1 (Sabtu, 24/02/2013)

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Hai...hari ini adalah hari pertama saya menghadiri  kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran Kimia(SKP6024) di UPSI bagi semester 2. Pada mulanya saya agak kurang jelas mengenai kandungan yang akan dipelajari. Namun setelah di beri penjelasan oleh pensyarah saya iaitu Cik Asmayati, saya merasakan ini adalah satu kursus yang sangat menarik. Kursus ini akan mendedahkan saya dengan aplikasi ICT, membincangkan isu-isu semasa perkembangan teknologi dalam bidang sains melalui forum yang akan di bentuk, mempelajari pelbagai Open Source Softwares. Suasana pembelajaran juga sangat  menarik dengan rakan-raka n seperjuangan yang baik dan mesra.

Forum atas talian Kumpulan SKP6024

Minggu ini Cik Asmayati mendedahkan kami dengan  forum berkumpulan atas talian (online group forum). Forum berkumpulan secara atas talian ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk membincangkan sebarang topik berkaitan dengan subjek ini. Melalui forum ini pelajar boleh meningkatkan ilmu pengetahuan melalui perkongsian maklumat dengan rakan sekelas, terutama mengenai isu-isu semasa. Tugasan yang diberi ini menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam forum ini. Cik Asmayati mendedahkan cara untuk memuat turun topik-topik yang akan dibincangkan di ruang group forum (dalam myguru2) bagi kumpulan kami. Cara membalas mesej-mesej topik yang dibincangkan serta cara untuk membuat attachment file/journal pada mesej yang ingin dikongsikan.
9 kumpulan telah dibentuk mengikut kebebasan pelajar menentukan ahli kumpulan masing-masing. Saya rasa lebih selesa untuk berbincang dengan ahli kumpulan yang sudah dikenali. Setiap kumpulan perlu memberi topik forum yang ingin dibincangkan. Pelajar diingatkan bahawa setiap topik untuk forum berkumpulan akan dibuka hanya selama 2 minggu. Selepas tarikh tutup, komen tidak boleh di  hantar lagi.

Kemudian kami diajar oleh Cik Asmayati untuk menggunakan Google drive. Kami juga telah diajar untuk membina borang soal selidik melalui aplikasi ini.
Anda boleh melihat cara-cara menggunakan google drive dalam handout yang saya buat dengan click pada link di bawah;


Kekuatan: 
Ini adalah salah satu aktiviti yang agak menarik untuk meningkatkan kesedaran pelajar akan kegunaan dan kebaikan mewujudkan online group forum dalam P&P. Semua pelajar diberi kebebasan untuk berkongsi ilmu dan memberi pendapat masing-masing. Namun kaedah ini tidak boleh di salah guna dengan memberi mengetengahkan isu-isu yang sensitif. Lebih baik ia digunakan sebagai platform untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.  Salah satu kebaikan yang jelas melalui forum ini, ia menggalakkan saya untuk membuat pembacaan (melalui artikel/jurnal/online berita, dll) dengan lebih banyak dan aktif. 

Kelemahan:   
Pembelajaran akan lebih senang jika ada 'Handout' disediakan, dan mungkin jika masa yang terhad untuk membincangkan semua aspek, ia boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Kebanyakan komputer di makmal telah rosak, oleh itu bawa laptop sendiri lebih senang.



0 comments:

Post a Comment