Welcome to my blog for SKP6024 courses

It is all about the world of Technology and Innovation in Teaching and Learning in Chemistry

Future Learning:21st Century Learning

World of future learning

What I have learn in this courses?

I have learn a lot of things related to technology in innovation in education world

World of Chemistry

Chemistry is an innovative science that can change the future.

Communities of Practice

Let us build the community of practice here by comment, giving and sharing ideas to enhance our knowledge in edcuation field.

Monday 22 April 2013

Refleksi Minggu 6 (Sabtu, 30/03/2013)

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...

Minggu ini, ada 2 kumpulan yang akan membuat pembentangan  kami telah mempelajari belajar dua lagi software baru iaitu Publisher dan Chemsketch. Sebenarnya minggu ini salah satu kumpulan yang membuat pembentangan ialah kumpulan saya iaitu kami membentangkan ChemSketch.





1. Publisher
Microsoft Publisher

Software yang pertama kami belajar ialah Publisher. Ini sebenarnya kali pertama saya guna Publisher sebab sebelum ini tengok sahaja benda ini ada dalam microsoft tetapi tidak tahu cara menggunakannya. 
Microsoft Publisher adalah satu aplikasi publishing software yang mampu menghasilkan greeting cards, certificates, newsletters, flyers dan sebagainya. software ini mengandungi banyak fail pre-installed templates dan pengguna juga boleh memuat turun template baru secara percuma di servis atas talian Microsoft.



Hasil Flyers dan Greeting Card semasa kursus SKP6024
Flyers

Greeting card
Kekuatan:

  • Sangat senang dan ringkas untuk digunakan kerana sudah terdapat banyak template yang telah disediakan.
  • Sangat mudah mengimport dan menukar format grafik.
  • Dapat mencetak hasil kerja secara profesional dan hasil cetakan lebih menarik.
  • Darik kursus ini, saya dapat mempelajari cara membuat Flyers, Calendar dan Greeting Card dengan cara yang lebih mudah. Menambah ilmu penggunaan Microsoft bukan sekadar Power Point dan Words sahaja.

Kelemahan:
  • Microsoft Publisher bukan satu software sumber terbuka, oleh itu ada sesetengah pelajar tidak mempunyai aplikasi ini dan tidak boleh muat turun secara percuma.
  • Proses installation adalah sangat lambat dan ia tidak sesuai untuk digunakan oleh guru bagi tujuan pendidikan.

2. Chemsketch

Pada minggu ini, giliran kumpulan saya pula untuk membentang ACD/ChemSketch Freeware. Minggu ini kelas sangat menyeronokkan kerana rakan-rakan menunjukkan semangat untuk belajar software Chemsketch. Chemsketch ini boleh diperolehi secara percuma di internet. ChemSketch merupakan pakej melukis yang membolehkan struktur kimia dapat dilukis termasuk struktur organik, organometalik, polimer dan Markush. Terdapat juga feature seperti pengiraan sifat molekul seperti berat molekul, ketumpatan dan sebangainya. Anda boleh melihat struktur kimia dalam bentuk 2D dan 3D secara jelas, ia juga mempunyai fungsi untuk menamakan kurang daripada 50 atom dan 3 gegelang dan banyak lagi alat yang terdapat dalam Chemsketch ini. Di bawah adalah sedikit maklumat mengenai Chemsketch:
  • Mampu melukis struktur kimia dalam 2D dan boleh juga divisualisasikan dalam bentuk 3D.
  • Mampu membentuk tindak balas kimia dan mengira kuantiti reaktan.
  • Mampu mengeluarkan penamaan struktur kimia IUPAC secara sistematik kurang daripada 50 atom dan 3 struktur gegelang.
  • Mampu menganggar log P untuk setiap struktur.
  • Mampu mencari nama untuk 165,000 struktur kimia di dalam kamus yang sudah sedia ada.
  • Terdapat template yang menyediakan struktur kimia yang kompleks, alat radas amali, orbital, amino acids dan sebagainya.
  • Mampu menukar fail kepada bentuk pdf.

Anda boleh melihat slaid pembentangan kami  Chemsketch Presentation by anasyazanahamzah


Kekuatan:
  • Mempunyai interface yang mudah untuk digunakan untuk para pengguna. Saya rasa mudah untuk mencapai ikon-ikon yang ada dan dapat memahami dengan mudah cara menggunakan  chemsketch.
  • ACD/ChemSketch Freeware memberi peluang kepada pelajar dan pendidik untuk memuat turun secara percuma.
  • Chemsketch memudahkan guru kimia untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah. Ini kerana ia menyediakan banyak 'tools' yang berkaitan dengan kimia yang susah untuk di dapati di software lain seperti microsoft office dan sebagainya.
  • Menjimatkan masa untuk penyediaan bahan bantu mengajar.
  • Mengandungi pelbagai 'tools kit' sepeti orbital, alat radas, dan banyak lagi.
  • Sebagai alat bantu mengajar-ACD/Labs software ini banyak membantu dalam mengajar konsep kimia terutama kepada pelajar sekolah menengah, pra-universiti, dan pelajar universiti. 
  • Alat software ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengalami persekitaran pembelajaran yang sama dengan alam pekerjaan melalui penggunaan alat yang sama.
  • Membantu menghasilkan laporan profesional, manual amali, bekerja dengan struktur kimia, perkataan dan grafik secara serentak dan menjimatkan masa.
Kelemahan:
  • ACD/ChemSketch yang diperoleh dari sumber terbuka ini mempunyai limitasi jika dibandingkan dengan ACD/ChemSketch versi komersial. Oleh itu, terdapat banyak lagi tool yang tidak boleh digunakan. 
  • Masa tidak cukup untuk membentangkan semua 'tools' yang terdapat dalam Chemsketch. Masih banyak lagi yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan jika di beri masa. 
Sumber: http://www.acdlabs.com/resources/freeware/chemsketch/

Kesimpulan:

Refleksi Minggu 4 (Sabtu, 16/03/2013)

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...


Membina blog bahagian II - Memasukkan 'Drop down menu'

Minggu ini adalah sambungan untuk belajar buat 'Drop down menu' untuk membina blog. Drop down menu ini perlu jika bahan yang ingin dimasukkan dalam blog terlalu banyak. Oleh itu dengan adanya drop down menu ini, saya dapat mengkategorikan dan menyusun dengan sistematik mengikut kategori-kategori yang blogger inginkan.

Untuk memasukkan drop down menu ke dalam blog adalah satu ilmu baru yang saya perolehi pada minggu ini. Sangat seronok dan agak mencabar untuk mempelajari membuat drop down menu ini kerana ia melibatkan 'coding' Html dan juga CSS.

Sebenarnya kita tidak perlu mereka cipta coding untuk membina drop down menu ini sendiri kerana sudah terdapat banyak laman web untuk blogger menghasilkan coding dengan menggunakan drop down menu CSS generator yang lebih mudah senang dan mengikut kemahuan blogger sendiri. Ini adalah laman web yang boleh dilayari untuk menghasilkan CSS untuk drop down menu.

Blogger boleh memilih opsyen warna, jenis tulisan, tema dan sebagainya dan seterusnya klik pada Submit design menghasilkan coding CSS. Kemudian, salin coding ke dalam Edit Html di bawah CSS kod berikut ]]></b:skin> di bahagian template blog anda.

p/s: Tekan butang Ctrl & F serentak untuk mencari kod di dalam Edit Html.

Setelah memasukkan CSS kod, Blogger perlu memasukkan Html kod. Cara-cara adalah dengan klik pada layout, kemudian add gadget dan pilih edit html dan salin kod html. Anda boleh klik disini untuk mendapatkan kod Html.

Langkah terakhir sekali untuk melihat kesan pada dropdown menu anda klik pada template designer > Advanced add CSS dan taip CSS kod berikut: 
#suckerfishnav li:hover, #suckerfishnav li.hover {
position:static;
 
Sekarang anda boleh View blog. 
  
Pada pendapat saya kelebihan drop down menu ini adalah untuk menyediakan satu interface yang mudah kepada pengguna yang ingin mengakses sesuatu blog. Bahan tersusun dengan sistematik mengikut kategori menghasilkan blog yang cantik dan menarik dan senang untuk digunakan oleh pengguna. Selain itu, ia memudahkan blogger untuk menyusun item mereka mengikut kategori. Kelemahan ialah ia agak sukar untuk dipelajari jika blogger bukan dari kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dalam membina blog atau sistem pengkodan. Sedikit kesalahan dalam pengkodan tidak akan menghasilkan drop down menu. Masa yang lama diambil untuk mempelajari drop down menu.

Sunday 21 April 2013

Refleksi minggu 3 (Sabtu, 9/03/2013)

Assalamua’laikum dan Salam sejahtera...

Pada minggu ini Cik Asmayati telah memberi tahu bahawa maklumat mengenai senarai tugasan dan tarikh penghantaran telah di muat naik di laman Myguru. Oleh itu semua pelajar boleh memuat turun maklumat tersebut. Anda boleh klik di sini untuk capai ke pautan Myguru UPSI

Klik di sini untuk pautan ke laman:  

 Membina blog
Pada minggu lepas kami telah di bahagikan tugasan untuk membuat persembahan secara berkumpulan untuk membentangkan cara menggunakan software sumber terbuka kepada rakan-rakan (Peer teaching). Oleh itu, pada minggu ini ilmu baru yang dikongsi oleh rakan saya ialah cara membina BLOG. Sangat gembira dan teruja kerana tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah blog sebab selalu baca blog orang sahaja. Pada awalnya saya merasakan agak susah untuk membina blog ini kerana kurang pengetahuan tentang computer dan ‘coding’.  Namun, terima kasih kepada kumpulan Faizal kerana telah mengajar kami dengan bersungguh-sungguh untuk membina blog ini.  

Pengetahuan membina blog ini adalah untuk membantu kami untuk menyelesaikan tugasan e-portfolio kami.  Blog ini perlu sentiasa di ‘update’ dengan tugasan dan refleksi yang telah siap. Ia juga perlu  mempunyai gambar, biodata dan bahan-bahan seperti yang saya senaraikan dalam refleksi minggu lepas. Perkara yang saya baru tahu jika mahu  membina blog ialah kita perlu ada e-mail. Saya perlu membuka akaun gmail (tetapi kalau sudah ada akaun gmail tidak perlu membuka akaun baru). Kemudian baru saya boleh membina blog di laman Blogger.

‘Handout’ yang ringkas ini saya buat sebagai rujukan saya jika saya mahu membina blog lain. Harap dapat difahami oleh sesiapa yang membacanya.

Kekuatan:
Pada pendapat saya, golongan pendidik perlu mengetahui cara membina laman web atau blog. Di blog ini, guru boleh berkongsi ilmu antara mereka dan membuka peluang untuk mempraktikkan ‘Community of practice’. Guru juga boleh menambah ilmu dalam bidang teknologi ini.

Kelemahan:
 Membina blog adalah satu aktiviti yang memerlukan masa yang lama terutamanya jika kita baru berjinak-jinak untuk menjadi blogger. Sememangnya memerlukan bantuan rakan yang tahu untuk membina blog bagi memudahkan perjalanan pembelajaran. Selain itu, pada minggu ini ‘line server’ juga terlalu lambat menjadikan proses pembelajaran menjadi semakin lambat.

Ini adalah paparan hasil blog saya:

 

Refleksi Minggu 2 (Sabtu, 2/03/2013)

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera...


Ini adalah refleksi kelas SKP6024 untuk minggu ke-2. Pada minggu ini kumpulan kami mempelajari tentang Khan Academy.  Apa itu Khan Academy? Khan Academy adalah satu organisasi yang ditubuhkan yang mempunyai matlamat untuk mengubah pendidikan dunia ke arah yang lebih baik. Mereka menyediakan kelas pembelajaran atas talian secara percuma untuk kegunaan semua golongan tidak kira siapa atau di mana anda berada. Khan Academy menyediakan peluang pembelajaran yang boleh digunakan secara global dan menunjukkan pembelajaran boleh berlaku tanpa perlu menghadiri kelas. Mereka menyediakan video-video pembelajaran untuk menerangkan konsep sains yang boleh di akses secara percuma oleh semua pengguna sama ada pelajar dan pendidik. 

Saya begitu kagum dengan penggunaan teknologi dalam video pengajaran yang dihasilkan oleh Khan Academy ini. Ia memberi idea kepada guru-guru untuk meningkatkan kreativiti dalam pengajaran dengan menggunakan teknologi 'Screen Capture' ini. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara mereka menerangkan konsep kimia yang abstrak dengan kaedah yang menarik ini. Khan Academy ini juga boleh dijadikan bahan untuk mengajar di dalam kelas saya nanti.
Contoh Video Khan Academy

Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk mengakses ke laman sesawang Khan Academy:- 

Kelas SKP6024 ini mengaplikasikan 'Peer Teaching'. Saya dan rakan-rakan akan mengajar satu sama lain dan tidak bergantung kepada pensyarah 100%. Kelebihan pengajaran dan pembelajaran melalui 'Peer Teaching' ini ialah kami lebih selesa untuk berbincang, bertanya dan saya lihat pembelajaran seperti ini akan melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas. Berikut adalah pembahagian software yang perlu diajar kepada rakan-rakan mengikut kumpulan dan minggu. Software yang dibincangkan adalah kebanyakannya boleh didapati di sumber terbuka secara percuma. Saya sangat teruja untuk mempelajari sofware ini kerana ia boleh diaplikasikan dalam proses p&p. Banyak ilmu teknologi saya perolehi dari perkongsian ilmu melalui 'peer teaching' ini.

Persembahan Kumupulan: Peer Teaching



No.
Software/Tools
Group
Week
1.
Blogspot
1
3

CamStudio

4
2.
Picasa
2
5
3.
Microsoft Publisher
4
4.
ChemSketch
3
6
5.
OneNote
7
6.
Moviemaker
5
7
7.
Powerpoint presentation
6
8.
Preezi
8
8
9.
Excel
9


 

Pada minggu ini Cik Asmayati memberi senarai tugasan yang akan di buat oleh kami. Terdapat 6 tugasan yang perlu ditugaskan. Tugasan ini ada yang berbentuk individu dan ada juga yang perlu dilakukan dalam kumpulan. Kumpulan telah pun di bentuk pada minggu lepas.

SENARAI TUGASAN SKP6024:

Tugasan 1: Menulis esei.
Kami perlu menulis esei yang bertemakan '"The Future of Learning: School in the Cloud”.
Tarikh penghantaran: Minggu ke-5 (Sabtu 23/3/2013).

Tugasan 2: Membina e-portfolio
Tugasan ini kami perlu membina e-portfolio untuk di letakkan di dalam web.
Bahan yang perlu ada dalam e-portfolio adalah biodata, perancangan pembangunan karier, falsafah pendidikan saya, tugasan-tugasa, refleksi, borang soal selidik dan sebagainya.
Tarikh penghantaran: Minggu ke-12 (Sabtu 11/5/2013).

Tugasan 3: Forum atas talian SKP6024 
Isu-isu mengenai ICT akan di post di ruangan forum. Cadangan tajuk isu-isu yang akan dibincangkan perlu diberi oleh setiap kumpulan. Saya dan rakan-rakan perlu membalas komen rakan dan membuat refleksi terhadap isu yang telah dibincangkan. Forum ini akan berlangsung sepanjang semester 2 ini sehingga minggu ke-14.
Tarikh tutup: Komen dan refleksi perlu di buat sebelum ditutup oleh koordinator kursus.  

Tugasan 4: Online Learning Resources (Group 0f 4)
Kami perlu menyediakan sumber pembelajaran secara atas talian yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan sumber ini harus mengandungi kandungan dan pautan-pautan, gambar, video, aktiviti dan latihan yang berkaitan dengan satu topik dalam subjek kimia.

Tarikh penghantaran: Minggu ke-12 (Sabtu 11/5/2013).

Tugasan 5: Simulation/Modelling (Kumpulan dengan 4 orang ahli)
Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan di mana kami perlu membina modul untuk guru dengan mengaplikasikan alat ICT bagi membolehkan simulasi/animasi boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.. Aktiviti yang di reka bentuk haruslah berdasarkan kepada model pengajaran 3E iaitu Engage, Empower dan Enhance. 

Tarikh penghantaran: Minggu ke-8 (Sabtu 13/4/2013).

Tugasan 6: Learning Resources (Group of 4)
Setiap kumpulan perlu memilih 4 concept yang berkaitan dengan kimia dan kemudian menggunakan software seperti camstudio untuk merekod semasa menerangkan konsep tersebut. Bahan ini boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelajari konsep tersebut.

Tarikh penghantaran: Minggu ke-10 (Sabtu 27/4/2013).


Refleksi Minggu 1 (Sabtu, 24/02/2013)

Assalamua'laikum dan Salam sejahtera.

Hai...hari ini adalah hari pertama saya menghadiri  kursus Teknologi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran Kimia(SKP6024) di UPSI bagi semester 2. Pada mulanya saya agak kurang jelas mengenai kandungan yang akan dipelajari. Namun setelah di beri penjelasan oleh pensyarah saya iaitu Cik Asmayati, saya merasakan ini adalah satu kursus yang sangat menarik. Kursus ini akan mendedahkan saya dengan aplikasi ICT, membincangkan isu-isu semasa perkembangan teknologi dalam bidang sains melalui forum yang akan di bentuk, mempelajari pelbagai Open Source Softwares. Suasana pembelajaran juga sangat  menarik dengan rakan-raka n seperjuangan yang baik dan mesra.

Forum atas talian Kumpulan SKP6024

Minggu ini Cik Asmayati mendedahkan kami dengan  forum berkumpulan atas talian (online group forum). Forum berkumpulan secara atas talian ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk membincangkan sebarang topik berkaitan dengan subjek ini. Melalui forum ini pelajar boleh meningkatkan ilmu pengetahuan melalui perkongsian maklumat dengan rakan sekelas, terutama mengenai isu-isu semasa. Tugasan yang diberi ini menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam forum ini. Cik Asmayati mendedahkan cara untuk memuat turun topik-topik yang akan dibincangkan di ruang group forum (dalam myguru2) bagi kumpulan kami. Cara membalas mesej-mesej topik yang dibincangkan serta cara untuk membuat attachment file/journal pada mesej yang ingin dikongsikan.
9 kumpulan telah dibentuk mengikut kebebasan pelajar menentukan ahli kumpulan masing-masing. Saya rasa lebih selesa untuk berbincang dengan ahli kumpulan yang sudah dikenali. Setiap kumpulan perlu memberi topik forum yang ingin dibincangkan. Pelajar diingatkan bahawa setiap topik untuk forum berkumpulan akan dibuka hanya selama 2 minggu. Selepas tarikh tutup, komen tidak boleh di  hantar lagi.

Kemudian kami diajar oleh Cik Asmayati untuk menggunakan Google drive. Kami juga telah diajar untuk membina borang soal selidik melalui aplikasi ini.
Anda boleh melihat cara-cara menggunakan google drive dalam handout yang saya buat dengan click pada link di bawah;


Kekuatan: 
Ini adalah salah satu aktiviti yang agak menarik untuk meningkatkan kesedaran pelajar akan kegunaan dan kebaikan mewujudkan online group forum dalam P&P. Semua pelajar diberi kebebasan untuk berkongsi ilmu dan memberi pendapat masing-masing. Namun kaedah ini tidak boleh di salah guna dengan memberi mengetengahkan isu-isu yang sensitif. Lebih baik ia digunakan sebagai platform untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.  Salah satu kebaikan yang jelas melalui forum ini, ia menggalakkan saya untuk membuat pembacaan (melalui artikel/jurnal/online berita, dll) dengan lebih banyak dan aktif. 

Kelemahan:   
Pembelajaran akan lebih senang jika ada 'Handout' disediakan, dan mungkin jika masa yang terhad untuk membincangkan semua aspek, ia boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Kebanyakan komputer di makmal telah rosak, oleh itu bawa laptop sendiri lebih senang.