Sunday 21 April 2013

Refleksi minggu 3 (Sabtu, 9/03/2013)

Assalamua’laikum dan Salam sejahtera...

Pada minggu ini Cik Asmayati telah memberi tahu bahawa maklumat mengenai senarai tugasan dan tarikh penghantaran telah di muat naik di laman Myguru. Oleh itu semua pelajar boleh memuat turun maklumat tersebut. Anda boleh klik di sini untuk capai ke pautan Myguru UPSI

Klik di sini untuk pautan ke laman:  

 Membina blog
Pada minggu lepas kami telah di bahagikan tugasan untuk membuat persembahan secara berkumpulan untuk membentangkan cara menggunakan software sumber terbuka kepada rakan-rakan (Peer teaching). Oleh itu, pada minggu ini ilmu baru yang dikongsi oleh rakan saya ialah cara membina BLOG. Sangat gembira dan teruja kerana tidak pernah terfikir untuk memiliki sebuah blog sebab selalu baca blog orang sahaja. Pada awalnya saya merasakan agak susah untuk membina blog ini kerana kurang pengetahuan tentang computer dan ‘coding’.  Namun, terima kasih kepada kumpulan Faizal kerana telah mengajar kami dengan bersungguh-sungguh untuk membina blog ini.  

Pengetahuan membina blog ini adalah untuk membantu kami untuk menyelesaikan tugasan e-portfolio kami.  Blog ini perlu sentiasa di ‘update’ dengan tugasan dan refleksi yang telah siap. Ia juga perlu  mempunyai gambar, biodata dan bahan-bahan seperti yang saya senaraikan dalam refleksi minggu lepas. Perkara yang saya baru tahu jika mahu  membina blog ialah kita perlu ada e-mail. Saya perlu membuka akaun gmail (tetapi kalau sudah ada akaun gmail tidak perlu membuka akaun baru). Kemudian baru saya boleh membina blog di laman Blogger.

‘Handout’ yang ringkas ini saya buat sebagai rujukan saya jika saya mahu membina blog lain. Harap dapat difahami oleh sesiapa yang membacanya.

Kekuatan:
Pada pendapat saya, golongan pendidik perlu mengetahui cara membina laman web atau blog. Di blog ini, guru boleh berkongsi ilmu antara mereka dan membuka peluang untuk mempraktikkan ‘Community of practice’. Guru juga boleh menambah ilmu dalam bidang teknologi ini.

Kelemahan:
 Membina blog adalah satu aktiviti yang memerlukan masa yang lama terutamanya jika kita baru berjinak-jinak untuk menjadi blogger. Sememangnya memerlukan bantuan rakan yang tahu untuk membina blog bagi memudahkan perjalanan pembelajaran. Selain itu, pada minggu ini ‘line server’ juga terlalu lambat menjadikan proses pembelajaran menjadi semakin lambat.

Ini adalah paparan hasil blog saya:

 

0 comments:

Post a Comment